KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis
dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan
tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh
Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan
soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi
sebaliknya.
Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia
yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari
pembacaan saya:
1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast
cancer) di kalangan wanita.
2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi
dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia
yang menyerupai.
Hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika
diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development
(mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
fakta-fakta penting
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah
cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengkagumkan, dan
susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari
tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan
symptom menopous,
mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan
mengurangkan risiko
penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan
senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani
proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan
isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman
manusia.
Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani
proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan
tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang
penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses
penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat
enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric,
kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan
kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien.
Begitu juga dengan kacang soya.
Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih
berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu
seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan
menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang
soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4)
dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat
kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian.
Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe
.
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus
H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu,
sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak
yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu
tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah
sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di
Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu
lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang
berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan
isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya
mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak
seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa.
Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari
kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya
menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut
menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa
penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk
sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang
menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis
makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji





No comments:
Post a Comment