Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, 16 November 2011

LUCKY ?? BERTUAH KAH AKU??

Bekerja di sebuah company yang berprofile tinggi (agak laa) memberi aku peluang untuk bergaul dengan manusia dari pelbagai latar belakang. Kami berbeza dari segi cara berfikir, lifestyle, priority dalam hidup, sampailah perihal gaji. T_T
Tempat duduk aku sekarang sama seperti tempat duduk dalam kelas dulu – tepi tingkap. Cuma sekarang bukan la tingkap cikai macam kat sekolah dulu. Tingkap sekarang tempered glass. Ada blind lagi untuk aku main tarik-tarik suka hati aku. Haaa.
Bila duduk tepi tingkap ni, nampak la orang lalu lalang nak masuk office. Teruja tengok Porsche, Bentley, X6, 7 Series, S Class semuanya bersusun kat bawah ni. Dalam hati aku, dah ada kereta macam ni, bahagia tak diaorang?
Company ni jugak mengambil ramai anak 
orang kaya
 somebody untuk bekerja di sini. Kalau nak dikira, dalam 10 orang yang sama jawatan dengan aku, 9 orang anak orang kaya. Yang tinggal seorang itu, aku lah! T_T.

Umur sebaya adik aku, tapi datang kerja ada driver yang bertukar-tukar kereta. Harini Merc, esok Alphard, lusa Harrier. Boleh pilih-pilih ye? Yang takde driver pun tak kurang hebat. Drive sendiri M6, Ford Fiesta, Scirocco, Polo. 
Aku yang dah kerja 4 tahun ni pun terhegeh-hegeh lagi nak bayar hutang Persona
. Dalam hati aku, dah dibesarkan dengan kemewahan macam ni, bahagia tak diaorang?   
Dan seperti yang sesetengah anda tahu, office saya terletak di kawasan perumahan elite. Rumah yang ada guard sendiri. Ada swimming pool. Ada landscape yang sama luas dengan rumah aku. T_T. Pendek kata, rumah idamanlah. Dalam hati aku, dah ada rumah besar macam ni, bahagia tak diaorang?
Tapi, dalam aku mendongak, aku tak lupa untuk menunduk. Ramai orang di atas, ramai lagi yang di bawah. Alhamdulillah. Rezeki masing-masing. Yang kaya, ada ujiannya. Yang miskin, ada dugaannya. Aku yakin tentang itu. Kerana Allah itu Maha Adil. :)
Dan kerana Allah itu Maha Adil, semua orang, tak kira apa kedudukan, boleh mencapai bahagia. Tuhan tak syaratkan, orang hensem je boleh bahagia. Orang yang ada savings RM10 juta je boleh bahagia. Orang yang ada kereta Mazda 6 je yang boleh bahagia. Tidak.
Sebab bahagia itu di hati. Bukan di kereta, rumah, apatah lagi iPhone. Sabda nabi, orang yang kaya itu adalah orang yang kaya jiwa. Banyak perkara yang percuma di dunia, tapi masih cuba dibeli dengan harga yang mahal.
Kalau benarlah wang itu boleh membeli segalanya, tentu kita akan mendengar ayat seperti Bang, saya nak beli ‘tenang’ untuk dua hari. Saya susah hati, tapi nak beli ‘tenang’ untuk sebulan tak cukup duit pulak.
Bagi yang sakit, sihat itulah bahagianya. Tapi bila sudah sihat, bahagianya bertukar menjadi sesuatu yang lain pula. Yang fakir, dapat mengisi perut itulah bahagianya. Tapi pabila sudah kenyang, bahagianya berubah lagi.
Jadi, adakah definisi bahagia secara tepat?
Bagi saya, antara kunci untuk bahagia adalah merasa cukup dengan apa yang ada. Kerana saat kita mula membuat perbandingan dengan yang lain, mula meletakkan kebahagiaan pada ukuran material, nescaya jiwa akan terseksa. 
Yang pasti, setelah bergaul dengan pelbagai manusia, aku bersyukur dengan kehidupanku. Aku bersyukur ada parent yang garang suatu masa dulu. Aku bersyukur aku bersekolah di sekolah kampung. Aku bersyukur bersekolah di sekolah Sains Sultan Mohamad Jiwa. Aku bersyukur aku masuk universiti. Aku bersyukur aku bekerja di sini.
Setiap fasa kehidupan, Allah menghadiahkan aku sesuatu.
Mak ayah garang, menjadikan aku berdisiplin dan menjaga adab.
Sekolah rendah di sekolah kampung, membiasakan aku dengan environment orang kebanyakan.
Sekolah menengah di matgwar, menyediakan fundamental yang solid tentang agama, kehidupan, dan pendidikan.
Di universiti, aku belajar tentang kewangan dan pelaburan. Dan bertemu jodoh. :)
Bekerja di sini, memberi peluang untuk apply semua teori yang telah pelajari tentang agama, kerjaya, dan kehidupan. 
Pernah satu hari, seorang colleague berkata padaku,
“ How come you’re so lucky? Im bla bla bla bla (whining).”

Aku tak mampu nak jawab. Senyum.
Walhal, kalau nak dikira, zahirnya dia lebih ‘lucky’ berbanding aku. Walaupun jawatan sama, gajinya lebih tinggi. Keluarganya orang kaya-kaya. Rupa paras pun ada. Apalah sangat kalau dibandingkan dengan aku? 
Tapi bila ada masalah, ujian, dia (dan ‘mereka’) lebih cepat menggelabah. Selagi boleh mahu menutup segala ruang yang menampakkan kekurangan diri. Bila bercakap tentang kehidupan, banyak yang mereka takuti. Kalau dilihat satu tugasan itu tidak mendatangkan keuntungan kepada diri sendiri, langsung ditolak. Hidup, bagi mereka hanya untuk menerima sebanyak mungkin. Bukan untuk memberi.
Tak mahu anak, sebab expenses untuk membesarkan anak itu mahal. Tapi untuk kita, Allah dah janji, setiap anak itu ada rezekinya masing-masing. Mahu percaya pada perkiraan sendiri atau mahu percaya pada perkiraan Allah? Ehem, perkiraan sendiri yang dibantu calculator pun terkadang salah.
Bila ada masalah, walaupun sedikit, stressnya melampau-lampau. Bila membuat kesalahan, cepat-cepat tunding jari pada orang bawahan. Pada mereka, semua benda MESTI berjalan tanpa sebarang masalah. Mereka berhak untuk mendapat yang terbaik dalam kehidupan ini. Orang lain mesti hormat kepada apa yang mereka ada. Pandangan manusia terhadap diri adalah perkara yang paling utama. 
Alahai. Sempitnya pandangan. Tak berkurang pun gaji kalau mengaku, ya memang saya yang salah. Boleh tak kita betulkannya sama-sama? Apalah sangat yang mahu dijaga pada pandangan manusia. Kalau kita ikhlas, bukan sahaja penduduk dunia akan menghargai kebaikan kita, malah penduduk langit pun akan turut mengagumi.
Incident seperti inilah yang membuatkan aku lebih menghargai satu nikmat yang aku ada – Islam.
Aku dididik jika ada masalah, kecewa, datang mengadu pada Allah. Aku diajar tika diberi nikmat, rezeki, ucaplah syukur pada Allah.
Bila kita mengadu dalam sujud, secara tak langsung, kita akui kemampuan kita terbatas. Hebat mana pun kita, sentiasa ada ujian yang bisa mencalar ego. Dan Allah amat suka apabila kita mengadu padaNya. Itulah bukti – Dia  adalah Tuhan, dan kita tetaplah hamba.
Itu membuatkan aku terfikir. Macamana rasanya hidup tanpa tuhan. Kalau marah, tiada batasan. Boleh maki hamun orang sesuka hati. Kalau seronok, boleh enjoy tanpa batasan. Minum sampai tak sedar diri. Kalau ada rezeki, tak perlu fikir untuk berkongsi dengan yang lain. Kaut selagi yang termampu.
Tapi adakah itu cara terbaik untuk enjoy life to the fullest?
Alhamdulillah. Besarnya nikmat Islam. Benarlah Islam is the way of life. Bukannya tiada marah dalam Islam, bukannya tiada gembira dalam Islam, tapi ada batas-batas yang perlu dijaga, untuk kebaikan diri sendiri.
Macamana nak tetapkan batasan? Tentulah kena refer pada yang mencipta. Hanya si Pencipta sahaja yang tahu apa kegunaan sebenar, apa kelebihan, di mana kelemahan sesuatu ciptaan. Ikutilah manual yang dibekalkan - Al-Quran  dan As-Sunnah.
Sabda nabi,
Sesungguhnya barangsiapa hidup sesudahku nescaya dia akan melihat banyak perselisihan, maka wajib atas kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku. Berpeganglah kalian dengannya dan gigitlah ia dengan gigi gerahammu.
I was once kena perli in a meeting. Sebab dulu masa Qaid baby, kalau dia demam panas je, memang aku terus ambil EL tanpa fikir panjang. So ada satu ketika tu, kedatangan aku agak kurang cantik la dengan 2-3 hari EL dalam sebulan.
You got to sacrifice something in order to achieve something. I worked hard to reach where I am now. I remember my daughter plays with my maid behind the same curtain every night because I was too busy. But that is the price I got to pay.
Sorry, I can only give you a nod for the first sentence. The rest, maaf.
Apa guna duit banyak sampai digelar jutawan, tapi terlepas peluang nak ikut perkembangan anak sendiri? Boleh ke duit yang berjuta tu beli balik moment anak awak terkedek-kedek belajar berjalan? Boleh ke kenalan awak ‘yang hebat’ tu kembalikan masa anak awak belajar bercakap nak susu? Boleh ke rumah yang besar tu wujudkan kembali hangatnya pelukan anak yang berlari mendapatkan awak?
Jadi, ada apa dengan status jutawan awak tu? 

~ When god  is your friend, who is your enemy? – Ustaz Pahrol. 

SEKADAR CORETAN BUAT PEDOMAN MASA HADAPAN 

2 comments:

Martika Diyana said...

best citer ko nih babe... tapi, ni citer pasal ko ke? macam lain je heheheh
tapi ape yang ko citer tu betul :)

and bile terfikir macam tu - 'bahagiakah diorang?'
ingat la balik, yang kite mmg susah sangat nak ade 3 perkara dengan serentak dalam hidup nih

1) bila kita ada masa dan kawan, kita mungkin tak cukup duit
2) bila kita ada duit dan kawan, mungkin kita tak ada masa
3) bila kita ada masa dan duit, mungkin mase tu kita takda kawan.

jadi hidup kne la saling melengkapi.. sebab tu Allah jadikan manusia berpasangan... dan kita pun jangan la jadi bodoh sombong yang takmo berkawan :) wallahulalam :)


love u my fren :)

bubble tea said...

hi dear xder la..nie sume citer campur aduk...aku kan slalu jd shoulder to cry utk some people..hehehe so bersadarkan pengalaman diorg pengalaman idup aku...citer psl rumah tangga diorg sume aku campur gaul jd la mcm nie...

tue la kan kdg22 manusia nie mula la lupa diri bila dah senang sikit..bila ada sikit nk byk...bila dah dpt banyak nk lagi banyak tamak....

manusia nie kene saling lengkap melengkapi.. suami isteri..ibu ayah kawan22..xde insan yg sempurna dlm dunia nie..

nie pon sekadar renungan masa hadapan aje..hehee

Post a Comment

 

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.